Å·±¦ÓéÀÖ

Riduan Mohamad Nor's Blog, page 25

April 25, 2011

Ceramah Umum-Pentas Pemuda


 •  0 comments  •  flag
Published on April 25, 2011 08:58

April 24, 2011

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan



Ìý



 •  0 comments  •  flag
Published on April 24, 2011 16:46

April 22, 2011

Akan terbit: Sejarah Emas Perjuangan Islam Di Malaysia

[image error]


 •  0 comments  •  flag
Published on April 22, 2011 16:43

Nilai Pilihanraya Disisi Islam








 •  0 comments  •  flag
Published on April 22, 2011 04:15

Bangunan Itu Dengan Seribu Kisah Kami Anak-Anak Muda

Melintasi bangunan dalam pembinaan itu sebelum berkhutbah di masjid IB. Aku memisat-misat mata. Ada sesuatu yang memintal-mintal tangkai jantung. Dulu disinlah bangunan Flat UDA, ditengah jantung kota dengan deruman kenderaan tali menali siang dan malam. Bangunan itu ada nilai sejarahnya, Markas PAS Lembah Pantai di 13-A4, Markas al Arqam (Restoran Samarkand), Markas ABIM (Yayasan Anda), Markas IRC (Pustaka salam).


Surau an Nur yang terletak ditingkat bawah adalah sebuah PASTI, sentiasa imarah dengan pgram dan manusia-manusia yang ingin menasbih Tuhan. Aku adalah imam surau itu dengan segudang pengalaman bermasyarakat dengan manusia kota.


Flat UDA juga kadang menjadi 'pot' maksiat oleh bajingan tengik. Kenduri bohsia di bawah tangga dan meninggalkan kondom-kondom yang hanyir pada tukang sapu. Teringat juga gerakan membanteras maksiat oleh AJK surau dan cawangan, juga dengan seribu kisah.


Ìý


Ìý


 •  0 comments  •  flag
Published on April 22, 2011 01:50

April 21, 2011

Ustaz Bunyamin Yaakob

Ustaz Bunyamin Yaakob


Ìý


Al Marhum Ustaz Bunyamin adalah bekas tahanan ISA. Suka membaca dan mempunyai tarikan pesona yang hebat apabila berceramah. Dia memerhatikan soal masa. Pernah dia tidak pernah menegurku disepanjang perjalanan dari Melewar ke Pantai Bharu kerana kesalahan lewat 30 minit.


Ìý


"Makan Ustaz?" Aku bermanis mulut.


"Ugghh.." dengusnya. Aduh, Ustaz teringatnya saat itu. Saat dia gembira aku dipanggil adinda, saat dia bergurau dipanggil "hey budak ulu" (merujuk asalku dari Besut)


Ustaz belajar di Indonesia dan mendapat tarbiah dari DDI. Taakulan politiknya hebatnya. Lawaknya cerdas dan kita boleh terguling-guling senak perut mendengar dia berlabun. Ribuan cerita akan diceritakan untuk menceriakan hidup. Pernah ceramah diberi sampul kosong, rosak kereta tengah hutan, dikejar polis, mendekam dalam penjara ISA, bahkan bertumbuk muay Thai di Indonesia. Nanti aku ceritakan padamu teman lain kali.






1 like ·   •  0 comments  •  flag
Published on April 21, 2011 16:30

April 20, 2011

Aku Tujukan Buatmu. Ya Buatmu. Penganjur-penganjur Ceramah Dan Forum..

"Ustaz tahu mengapa orang minat rock, minat dengan konsert? " tanya teman itu, menatap nanar ke dalam mata saya.


"Mengapa? " Saya hentikan suapan sup ekor yang masih berasap.


"Sebab sistem bunyi yang canggih. Meremang bulu tengkuk. Berenjut kepala" katanya bersemangat.


"Tengoklah ceramah-ceramah kita, macam mana orang nak minat. Speaker asal ada sahaja. Asal berbunyi. Semalam ana di Kuantan begitulah. Isu lynass penting tetapi�" ulasnya panjang.


Saya mengangguk, meratapi nasib ceramah yang sekadar ada. Dulu belasan tahun lepas ketika baru menjadi Ketua Pemuda saya selalu turun ke Pahang, kawasan pedalaman untuk mengasah bakat berpidato. Pulang ke Kuala Lumpur dengan hilang suara. Mengajar paginya dengan suara itik tertelan sabun.


"Kena muhasabah Ustaz. Jangan syok sendiri sahaja kita ni" kata teman itu yang kini penceramah popular papan carta utama.


Berbincang dengan teman ini bermakna saya terpaksa menimbun masalah baru jamaah.


"Nanti ana ajukan pada sahabat. Penganjur-penganjur ceramah dan forum" tukas saya lemah.


Teman aku ingin bertanya, Ìý"Mengapa bacaan Sudais di Masjid UIAM berbeza dengan Masjidil Haram?" Engkau ada jawapannya.


Ìý






 •  0 comments  •  flag
Published on April 20, 2011 19:41

Travelog Hidayah : Aku, Isabella Dan Tok Kenali

 •  0 comments  •  flag
Published on April 20, 2011 16:18

April 15, 2011

Sarawak

Bersiap ke Bumi Kenyalang. Penguasa tirani sedang cemas, gertakan, intimidasi kepada warga. "Jika kalah huru-hara akan berlaku" itulah bunyinya. Wah! macam bumi ini milik mereka. Anak-anak muda akan mengajar kesombongan mereka, insyaallah. Titipkan doa teman kerana ghazwah hunain(8h) mengajar kita untuk berpada dengan sikap yakin diri dan kurang pergantungan pada yang memberi kemenangan.


Di Klia, meredah gelap malam ke Kenyalang. Termengah-mengah mengejar waktu. Bertugas di Sadong jaya dan lain-lain.


[image error]


Minum malam di ÌýKucing dengan YB Azmin Ali, Haji Zul Wahijan yang anaknya menang Pertandingan Hafazan Kebangsaan. Rezeki orang berjuang.


[image error]


�"Ana sudah tiga minggu tidak balik" kata Shamsul. Guratan wajah bahagia membadai politik Kenyalang.


[image error]


Haji Zul, Huzaifah, sedang menyusun barang-barang bantuan. Bergerak ke Sadong Jaya.


Ini Khutbah ke proses membodohkan rakyat di Sadong Jaya? Rasa nak tarik khatib suruh turun saja. Sabar. Kali pertama dalam hidup aku diperbodohkan oleh khatib. Sang khatib bersongkok tinggi sesedap rasa memberikan hujjah-hujjah dangkal. Selama ni aku khatib, mana pernah dengar khutbah kempen pilihanraya. Kalau macam ni seratus tahun lagi Sarawak akan dinaungi oleh regim. Regim disamakan dengan Khulafa Ar Rasyidin. Anak buahku, Ustaz Zamani memberikan badge pas kepada imam yang Ìýberkhutbah dengan tema taati penguasa.


[image error]


Petang ini, agihan beras kepada fakir miskin.


[image error]


Menyambung perjalanan ke Sebuyau. Hari semakin mendung di negeri kaya hasil tetapi warganya miskin.


[image error]


Sayang Sarawak, airnya tenang. Pusaran bawahnya sedang mengaduk ganas, isyarat pelik sedang dihantar.


Ìý


Ìý


 •  0 comments  •  flag
Published on April 15, 2011 17:10

April 11, 2011

Telah Terbit

Ìý



Kisah Biografi Bob Lokman menjenguk kedai-kedai seluruh negara.


"Bob menutup periuk nasinya sendiri " tulis sebuah akhbar, dengan segunung kesombongan menjatuhkan hukuman. Nah, teman, buku ini telah berada dipasaran. Engkau bacalah perjalanan berwarna-warni ini.


 •  0 comments  •  flag
Published on April 11, 2011 21:26

Riduan Mohamad Nor's Blog

Riduan Mohamad Nor
Riduan Mohamad Nor isn't a Å·±¦ÓéÀÖ Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Riduan Mohamad Nor's blog with rss.