Å·±¦ÓéÀÖ

Sarawak

Bersiap ke Bumi Kenyalang. Penguasa tirani sedang cemas, gertakan, intimidasi kepada warga. "Jika kalah huru-hara akan berlaku" itulah bunyinya. Wah! macam bumi ini milik mereka. Anak-anak muda akan mengajar kesombongan mereka, insyaallah. Titipkan doa teman kerana ghazwah hunain(8h) mengajar kita untuk berpada dengan sikap yakin diri dan kurang pergantungan pada yang memberi kemenangan.


Di Klia, meredah gelap malam ke Kenyalang. Termengah-mengah mengejar waktu. Bertugas di Sadong jaya dan lain-lain.


[image error]


Minum malam di ÌýKucing dengan YB Azmin Ali, Haji Zul Wahijan yang anaknya menang Pertandingan Hafazan Kebangsaan. Rezeki orang berjuang.


[image error]


�"Ana sudah tiga minggu tidak balik" kata Shamsul. Guratan wajah bahagia membadai politik Kenyalang.


[image error]


Haji Zul, Huzaifah, sedang menyusun barang-barang bantuan. Bergerak ke Sadong Jaya.


Ini Khutbah ke proses membodohkan rakyat di Sadong Jaya? Rasa nak tarik khatib suruh turun saja. Sabar. Kali pertama dalam hidup aku diperbodohkan oleh khatib. Sang khatib bersongkok tinggi sesedap rasa memberikan hujjah-hujjah dangkal. Selama ni aku khatib, mana pernah dengar khutbah kempen pilihanraya. Kalau macam ni seratus tahun lagi Sarawak akan dinaungi oleh regim. Regim disamakan dengan Khulafa Ar Rasyidin. Anak buahku, Ustaz Zamani memberikan badge pas kepada imam yang Ìýberkhutbah dengan tema taati penguasa.


[image error]


Petang ini, agihan beras kepada fakir miskin.


[image error]


Menyambung perjalanan ke Sebuyau. Hari semakin mendung di negeri kaya hasil tetapi warganya miskin.


[image error]


Sayang Sarawak, airnya tenang. Pusaran bawahnya sedang mengaduk ganas, isyarat pelik sedang dihantar.


Ìý


Ìý


 •  0 comments  •  flag
Published on April 15, 2011 17:10
No comments have been added yet.


Riduan Mohamad Nor's Blog

Riduan Mohamad Nor
Riduan Mohamad Nor isn't a Å·±¦ÓéÀÖ Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Riduan Mohamad Nor's blog with rss.